Jumaat, 20 April 2012

BILA HATI INI MILIKMU JUA...

Lama dh x jenguk blog nh... tiba2 t'ingin plk menulis kembali. idea pulak dtg bercurah..
hehehe... layan jek lahhhh.....


Hujung minggu terasa bosan,
terasa hati ingin ke pantai,
pertama kali kenal denganmu tuan,
hati ini bagai dirantai.

pergi ke pantai dengan En. Mamat,
bawa bersama si ikan Tamban,
tak ku sangka hati tertambat,
hati tertambat denganmu tuan.

Ikan tamban didalam talam,
lagi sedap dibuat singgang,
mulanya aku buat tak faham,
kerana dirimu buat tak pandang.

singgang di masak si anak dara,
di makan guna pinggan suasa,
wahai abang mengapa aku merasa,
seperti dirimu ada sentiasa.

pinggan suasa cantik dipandang,
tersimpan rapi dalam almari,
dalam hati sudah di pegang,
hingga susah hendak lari.

almati cantik dari jati,
tambah cantik dengan ukiran,
bila kasih tumbuh dihati,
hidup ini bagai di awan.